Budaya kerja Bank Rakyat adalah berteraskan bangsa dan agama, sesuai dengan bidang perniagaan Bank yang berlandaskan syariah. Untuk jangka masa panjang, Bank Rakyat memerlukan satu sistem nilai yang mudah difahami, mudah diingat dan mudah diamalkan oleh semua warga kerja. Dalam masa yang sama, ianya perlu diukur di dalam penilaian prestasi setiap warga kerja.

Bagi memperkemaskan lagi dan dalam menjamin kesinambungan kepada amalan budaya kerja positif yang telah menjadi nadi kejayaan Bank selama ini, Budaya Korporat Bank Rakyat telah diperkenalkan. Budaya Korporat Bank Rakyat adalah penyataan enam nilai-nilai murni yang menjadi amalan dan kepercayaan warga kerja Bank dalam menuju masa depan yang lebih gemilang

Bagi memudahkan ianya dikenali, diingati dan diamalkan, akronim R.A.K.Y.A.T. telah digunakan. Nilai-nilai murni Budaya Korporat Bank Rakyat adalah;

  1. Rajin
  2. Amanah
  3. Kompeten
  4. Yakin
  5. Akhlak Mulia
  6. Takwa
Offers and bonuses by SkyBet at BettingY com